Monday 24 January 2011

Apa Membezakan Kita?

Kalau ditanya siapa lagenda seni dekat Malaysia ni,
saya secara spontan akan sebut 3 nama ini.
  • P Ramlee
  • Sudirman Haji Arshad
  • M Nasir

Lagenda seni yang tak ada orang boleh challenge sampai sekarang.
Bagi saya, X Factor yang ada pada P Ramlee ialah dia sangat versatail.
Lakonan dan penghayatan hebat, pengarahan filem mantap, penciptaan lagu yang sangat
catchy dan evergreen, boleh menyanyi dengan suara jantan yang merdu,
boleh bermain alat-alat muzik, dialog yang tak hipokrit dalam filem,
dan ada sense of humor. A truly legend!



Penghibur terbaik pernah dilahirkan? Bagi saya, ya. Apa ada pada Sudirman?
X Factor dia, suara nyanyian yang unik, penghayatan tinggi pada semua
lagu beliau, persembahan pentas atau live show yang tidak pernah bosan,
pandai membuat elemen kejutan yang tak disangka audiens, lagu-lagu
yang evergreen dan tak bosan didengar, dan paling penting,
EDUCATED. The singer lawyer deserves to be there!


The only legend that is still alive. Why him? X Factor dia bagi saya
sangat simple. Semua lagu ciptaan beliau sangat best. Kalau
tak ada M Nasir memang susah kebanyakan artis Malaysia
ni nak pergi jauh sekarang. Baik Wings, Search, Rahim Maarof,
Jamal Abdillah, Mawi, dan banyak lagi lah, semuanya top dengan
lagu-lagu M Nasir. Seorang yang teliti bekerja, lagu-lagu ciptaannya ada
pelbagai rentak dan semuanya popular. Hasil yang terbaik dari beliau.


Jadi kenapa bercerita pasal diorang ni tiba-tiba? Sebab saya rasa
if you want to be somebody, you have to own that X Factor element.
Tak semestinya dalam bidang seni je, macam-macam bidang
pun boleh kalau nak succeed. But, what make us differ from others?


*p/s Sekali sekala bercakap tentang seni, ok la kan? Hehe..





2 comments: