Friday 7 January 2011

Lorong Pilihan

Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka seorang diri memang membosankan. Nasib baik ada 2R yang jadi peneman setia iaitu rokok dan radio. Masa tengah drive dekat highway, biasalah sebab dah bosan sangat tak tau nak tengok apa saya pun buat pemerhatian dekat semua lorong di highway yakni lorong kiri, tengah dan kanan. Rumusannya,...
  1. Tidak digalakkan guna lorong kiri sebab kenderaan tersangat lembab macam orang Arab naik unta dekat padang pasir. Lori-lori, bas-bas atau kontena-kontena pulak berlambak, jadi perjalanan anda boleh diandaikan seperti kereta lembu yang membawa Sultan Melaka. Laju gila kan?
  2. Tidak disyorkan mengambil lorong tengah. Alasannya, aliran trafik tak konsisten. Pemandu di lorong kiri serta kanan gemar memasuki lorong tengah secara tiba-tiba. Kadangkala, sedang anda menggunakan lorong tengah, tiba-tiba ada bas dari lorong kiri masuk ke lorong anda. Ataupun, bas gila yang tiba-tiba muncul dengan lampu tinggi dari belakang kereta anda? Cuak bukan?
  3. Tidak digalakkan mengambil lorong kanan. Alasannya mudah, anda mudah menjadi buta sebab lampu-lampu tinggi dari BMW 5 series, Mercedes C or E Class, Ferrari, Lamborghini, Porsche dan sebagainya. Kalau degil jugak nak guna lorong kanan make sure prepare a pair of Ray Ban or Oakley sunglasses. Lagi terkejut berok kalau masa anda menggunakan lorong kanan tiba-tiba ada kelibat CLK (Merc) yang high beam anda. Anda pun tak perasan, mati-mati ingat CLK dan dengan segera memberi laluan untuk CLK itu memotong anda. Lepas CLK melepasi anda, jangan terkejut. Cute Little Kancil tauuuuuuu. Orang Malaysia kan berani sesetengahnya?
Kesimpulannya, lorong mana yang paling sesuai dan selamat digunakan? Tolong jangan jawab Lorong Haji Taib..haha

*p/s Rusa dekat atas ni pun menangis tertonggeng nak pilih lorong....:D

No comments:

Post a Comment