Sunday 30 January 2011

Bila Hujan

Masa entri ni ditulis, rasanya 1 Malaysia tengah hujan kot. Hari Ahad, hari minggu di mana orang tak bekerja dan semua pelajar bercuti. Ditambah dengan hujan yang tak berhenti-henti sejak pagi. Mak aku pun call dari Melaka bagitahu kat sana hujan,aku pun bagitahu dia dekat Shah Alam ni pun hujan. Apa lagi jom layan sikit pasal hujan ni.

Apa benda time hujan ni paling best kita buat? Bawah ni top 5 favourite list aku la..;

5. Layan lagu. Sambil tengok hujan layan favourite songs memang layan gila weyh!! Rasa macam berada dalam kisah lagu tu la. Pffftt!! Jangan nak sentimental sangat boleh? Hahaha..


4. Smoking. Sambil tengok hujan layan rokok memang feel habis. Aroma asap yang berkepulan sambil menikmati kelazatan nikotin, memang terbaik! ( to non-smoker, please ignore this. Thank you.) Hehe.

3. Pekena teh tarik + goreng panas. Terbaik dari ladang! Teh tarik yang 'kaw' dengan kenikmatan isi goreng pisang yang lembut, ditambah dengan kerangupan kerak-kerak goreng pisang. Tak pun kalau tak ada goreng pisang, biskut lemak + milo suam pun boleh! You own the day man!



2. Main bola masa hujan. Oh nostalgia yang paling best sekali dalam hidup! Ditemani dentuman kilat dan petir, main bola dalam hujan lebat benda yang everyone shouldn't miss at all. Dengan padang yang lecak, bola nak bergerak pun susah, memang banyak tendang air lecak dekat orang je la. Lepas tu tackle and sliding confirm memang best gila! Lepas score, akan ada aksi Superman atas padang yang licin tu. The best!



1. Tidur. The best thing to do when it is raining. Tak ada benda yang best selain tidur. Nyenyak masa hujan dengan nyenyak tidur masa tak hujan memang lain weyh. Masa hujan nyenyak, memang badan dan bontot kita ni tak boleh dipisahkan lagi dari tilam yang empuk. Confirm masa tido dari normal jadi extranormal. Simply the best among the best!




*p/s Kalau hujan tiap-tiap hari pun tak best gak. Haha

Friday 28 January 2011

Fabulous Buddies

Baru balik main futsal dekat SportsBarn PJ. Seronok gila jumpa kawan-kawan sekolah asrama penuh dulu. Eventhough saya study SBP setahun je, tapi tak tahulah macam mana boleh join gathering ex-schoolmates ni. Rasa segan jugak actually tapi they are all cool and nice buddies. So takdelah rasa isolated bila lepak dengan diorang. Haha.

Ceritanya bila lepak dengan diorang, memang terase rendah diri sangat. Bukan rendah fizikal ok!:D
Yelah most of them semuanya pelajaran tiptop!
Most of them study in overseas with scholarship!
Most of them are so freaking nice and humble!
Most of them are bright students with bright future!

Macam mana la nak sorok muka dengan budak-budak tu nanti. Time study ni pun diorang dah cerita about career, about future about bla bla bla.Then diorang pun suka bercerita about their study places, about their new culture in countries they live, everything that really make my mulut ternganga!!Owh God noob nya saya!! Terpaksalah saya mendengar sahaja, nak mencelah minta maaf la. Not the same level as them. Prefer to hear all the conversations they had rather than interrupt it with all my kampung and uneducated story.:D

Ternganga je la mulut kau dengar cerita budak-budak educated!


Thanks for inviting me to the reunion event. Well, what I can say about you guys. You guys are just amazing! I just can't wait to see you guys in the next time. :D


Jangan nak poyo berjaya bagai la!


*p/s Where do we stand right now?











Thursday 27 January 2011

7th Is Not Heaven


Yes, it is a bit kind of luck. But the most importantly, Liverpool had overcome Fulham with 1-0 score. Congrats guys! We need that kind of luck in every match we gonna have after this. Currently, 7th place in the league table is not good enough for us. We should build the confidence in the team so that everyone will play their part to win more matches after this. For the second time, the team's victory has been influenced by the fine display by Raul Meireles. Additionally, our skipper, Steven Gerrard is back on the team.The display from other players are also not too bad at all. Martin Kelly has been sensation at the right back, while Glen Johnson looked more comfortable with the left back role. Daniel Agger is also strong at the centre but he really needs a good partner regarding the sloppy display by Martin Skrtel and Krgyiakos. Personally, I think we are on the right track to achieve the best result in the campaign this season.Thanks to Kenny Daglish who has motivated the club to play real football. Stoke is coming next!


Nasib baik own goal! Haha


*p/s Really hope Luis Suarez will join us!









Wednesday 26 January 2011

Oh My Bus!!!

Dah lama tak merasa naik bas. Tak kisahlah bas ekspres ke,
bas ting ting ke, dan semua jenis bas la. Bercerita pasal
bas ni, saya mula belajar naik bas awam time
darjah 1. Time tu naik bas sekolah. Then sebab sampai rumah
tiap-tiap hari lambat, saya pun stop la naik bas sekolah. Terpaksalah
tebalkan muka tumpang member lain or tumpang cikgu balik
rumah.



Kemudian, saya belajar naik bas ting ting ( yang ada loceng tu),
time darjah 2. Saya diajar oleh cousin, masa tu pergi keluar ke bandar Melaka.Ingat lagi masa tu cousin saya bagitau saya,
" Kalau nak amik bas, tengok papan tanda dekat cermin bas tu. Tengok mane destinasi bas tu."
Lepas tu saya terus guna bas lepak keluar dengankawan-kawan lepak town, sejak darjah 2 sampai la form 3. Balik sekolah pun guna bas ting ting, time ni la belajar hisap rokok, belajar main pool, belajar usha awek-awek dekat bus stand, belajar pasal Grunge la Skin la
Punk la. Eh lari topik plak...Haha




First time
saya naik bas ekspres masa lepas form 1. Masa tu ayah baru ditukarkan kerja di Terengganu. The whole family pindah, except saya. Saya duduk hostel Malacca High School masa form 1 tu. Everymonth, saya balik jenguk family dekat Terengganu, guna bas ekspres. Bayangkan, first time naik tu, bas bergerak dari Melaka waktu malam, dan terus ke Kuala Terengganu. Tapi family stay dekat Dungun, so saya just kena bagitahu driver bas suruh berhenti tepi jalan bila sampai Dungun tu, selalunya around 3-5 a.m bila sampai
Dungun tu. Bayangkan kalau tertido dalam bas sampai ke KT, memang sakit laa nak patah balik Dungun kan.

Dah 2 tahun rasanya tak naik bas. Memang rasa penat, lagi-lagi naik bas ting ting. Dengan bas tak ada aircond, memang confirm ketiak berpeluh la bila dalam bas. Memang rasa sesak nafas bila kadang-kadang terpaksa berdiri dalam bas, berhimpit-himpit sama Mat Indon, Bangla, Nepal, sampai bas penuh macam sardin. Lepas tu dengan asap rokok berkepul-kepul dalam bas, ya Tuhan!!

Bila naik bas ekspres pulak, palingsakit hati bila aircond tak function. Kalau dari Melaka-Kl tu, terpaksalah
tahan 2 jam berpeluh dalam tu. Dapat pulak duduk sebelah orang yangada bau badan kuat, memang terbaik la!! Haha..kalau aircond kuat sangat pulak, sejuk dalam tu sampai tulang-tulang pun rasa. Saya pernah pakai baju Melayu je balik dari Kuantan-Melaka, bas gerak masa malam dari Kuantan. Baru sampai Chini, badan dah menggigil tak tahan sejuk. Sampai Melaka
la tak dapat tidur. Lepas tu tiap-tiap kali balik terus standby sweater. Haha...

Saje bercerita pasal pengalaman naik bas ni. Sebab dah lama betul tak naik bas. Terus terang, rindu gila nak naik bas. Tak kisahlah bas ekspres ke, bas ting ting ke. Sebab kesusahan dan kepayahan naik bas awam ni ni banyak mematangkan hidup saya.

Taking bus is actually an interesting way to meet various types of people outside there. I just can't wait to take bus when it comes to Eid, because when you take bus ( while listening to Sudirman's Balik Kampung) to your hometown, it is such a great feeling to meet your beloved family and your friends at
kampung. Oh bus!!:)



*p/s Bas Tuah dekat Melaka Sentral sekarang macam mana la rupa ek?



Tuesday 25 January 2011

Got Punk'd

Member aku pernah kasi 1 teka-teki ni. Time
tu tengah lepak ramai-ramai la. Macam ni bunyi dia,



"Ada sorang budak nama Am. Dalam hotel ni, dia naik la lif. Dia nak pergi tingkat 10, tapi dia naik lif sampai tingkat 3 je. Then dari tingkat 3 dia naik tangga sampai tingkat 10. Kenapa dia tak naik je lif terus sampai tingkat 10? Kenapa dia naik sampai tingkat 3 je, then naik tangga ke tingkat 10?"

Kitorang pun berfikir cari jawapan. Then macam-macam
jawapan keluar. Semuanya salah. Member aku
pun bagi la jawapan dia.

"Sebab Am tak cukup tinggi nak tekan butang 10 dalam lif. Tangan dia sampai tekan butang tingkat 3 je."

Bagus, aku diperbudak-budakkan ek!!! Cibai!:D

*p/s Mira sial menganjeng aku!!! Hahaha

Menjerit Terperanjat!



Petang tadi baru je tengok Khurafat dekat TGV Sunway Pyramid. Dah nama pun cerita hantu, so part hantu keluar memang menjerit-jerit orang dalam panggung tadi. Dengan aku pun boleh gugur jantung tengok hantu tu kacau si Syamsul dengan Liyana Jasmay. Hahaha..

Antara part paling seram bagi aku la, time Liyana masuk kereta seorang diri, ada hantu sebelah dia! Macam kimak terkejut la sial time tu!Hantu tu macam dekat gila dengan dia time tu!! Ramai dalam tu menjerit terperanjat dengan aku aku pun menjerit. Babi betul!! Dengan sound yang menyeramkan, berani jamin confirm ramai menjerit terperanjat time hantu keluar!!! Hahaha...

Part Syamsul bawak mayat si Sabrina dalam hutan tu pun cuak la kot! Mane masuk akal
ada orang buat macam tu. Bawak mayat dalam hutan lepas accident van masuk gaung. Lepas tu jumpa hantu dalam hutan tu. Gila la sial. Suspen nak mampos! Hahaha..

Anyway, worth watching this movie. Kalau nak rasa suspen tengok
hantu versi Melayu, Khurafat tidak akan mengecewakan anda.
A lot of lessons could be gained in this movie. Especially for
the teenagers outside there. See ya! :)

*p/s Tabik pada Fiqa Azlan, sebab berjaya jugak tengok cerita hantu! Hehe




Monday 24 January 2011

Apa Membezakan Kita?

Kalau ditanya siapa lagenda seni dekat Malaysia ni,
saya secara spontan akan sebut 3 nama ini.
  • P Ramlee
  • Sudirman Haji Arshad
  • M Nasir

Lagenda seni yang tak ada orang boleh challenge sampai sekarang.
Bagi saya, X Factor yang ada pada P Ramlee ialah dia sangat versatail.
Lakonan dan penghayatan hebat, pengarahan filem mantap, penciptaan lagu yang sangat
catchy dan evergreen, boleh menyanyi dengan suara jantan yang merdu,
boleh bermain alat-alat muzik, dialog yang tak hipokrit dalam filem,
dan ada sense of humor. A truly legend!



Penghibur terbaik pernah dilahirkan? Bagi saya, ya. Apa ada pada Sudirman?
X Factor dia, suara nyanyian yang unik, penghayatan tinggi pada semua
lagu beliau, persembahan pentas atau live show yang tidak pernah bosan,
pandai membuat elemen kejutan yang tak disangka audiens, lagu-lagu
yang evergreen dan tak bosan didengar, dan paling penting,
EDUCATED. The singer lawyer deserves to be there!


The only legend that is still alive. Why him? X Factor dia bagi saya
sangat simple. Semua lagu ciptaan beliau sangat best. Kalau
tak ada M Nasir memang susah kebanyakan artis Malaysia
ni nak pergi jauh sekarang. Baik Wings, Search, Rahim Maarof,
Jamal Abdillah, Mawi, dan banyak lagi lah, semuanya top dengan
lagu-lagu M Nasir. Seorang yang teliti bekerja, lagu-lagu ciptaannya ada
pelbagai rentak dan semuanya popular. Hasil yang terbaik dari beliau.


Jadi kenapa bercerita pasal diorang ni tiba-tiba? Sebab saya rasa
if you want to be somebody, you have to own that X Factor element.
Tak semestinya dalam bidang seni je, macam-macam bidang
pun boleh kalau nak succeed. But, what make us differ from others?


*p/s Sekali sekala bercakap tentang seni, ok la kan? Hehe..





Ni Restoran Ke Menara?

DIning out ... At.Mosphere is the world's highest restaurant.

Dining out ... At.Mosphere is the world's highest restaurant.

Dubai opened a restaurant on Sunday which is 422 metres up in the sky on the 122nd floor of the world's tallest building, Burj Khalifa, its developers said.

At.Mosphere in Dubai's 828 metre building is "one of the finest luxury dining and lounge experiences in the world", said Emaar Hospitality Group, an arm of giant property developer Emaar.

At two levels below the tower's observation deck, the "world's highest restaurant" can host "over 210 guests and features a spacious arrival lobby, a main dining floor, private dining rooms and display cooking stations".

A waitress serves snacks at At.Mosphere.

A waitress serves snacks at At.Mosphere

In addition to apartments, offices and Italian designer Giorgio Armani's signature hotel, the building has an observation deck on the 124th floor, open to visitors at an entrance fee of at least 100 dirhams ($27) per adult.

Emaar spent $US1.5 billion ($1.52 billion) on the tower, named after Abu Dhabi's President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan who came to the aid of Dubai, hit by the global financial crisis.

Oil-rich Abu Dhabi extended a lifeline of $US10 billion ($10.14 billion), on top of the same amount from the UAE central bank, to bail out Dubai's heavily-indebted state firms in 2009.

AFP

*p/s Kalau bukak gerai asam pedas kat sini laku tak agak-agak?



Sunday 23 January 2011

Wolves Is Nothing


I know I can score like Stevie G!!!

Ok..lupakan pasal PD sebab sangat penat buat waktu ini.
Time dekat PD pulak la tak sempat nak tengok Liverpool main
dengan Wolves.. Aduh menyesal betul!! By the way,

Congrats to them for winning the away game by 3-0..
Simply fabulous perfomance by Man Of The Match,
RAUL MEIRELES!!!
And thanks to Fernando Torres too for scoring twice in
the game.

Yes, we need to repeat this kind of perfomance
for the rest of the campaign. I know the fourth place
to qualify for the Champions League is look impossible,
but at least please make us proud with the style of
your game. Keep it up guys!! YNWA

*p/s Can't wait to see Gerrard on the pitch after this...



Friday 21 January 2011

PD Preview

Esok pagi InsyaAllah akan bertolak ke Port Dickson dengan classmates.
Harapnya dapat bangun awal sebab lately nak bangun pagi bukan main liat lagi.
Dapat la rehatkan otak tengok keindahan laut dan pantai ciptaan Tuhan Yang Maha Kaya.

So, Port Dickson or PD. Apa la ada dekat PD ni. Saya pun pernah ke PD ni sekali dua je.
Yang saya tahu PD ni famous ni sebab pantai dia yang cantik. Boleh mandi manda dekat laut. Tapi lepas kes JE ( Japanese Encephalitis) yang famous amos ( cikgu English tak ajar perkataan ni) tu, reputasi tempat ni agak tercemar sikit. Ada orang kata pantai PD dah kotor la, sebab air dari kandang babi mengalir kat laut PD tu. Dengar cerita orang je dulu sebab time JE melanda tu saya sekolah rendah kot. Mane nak amik port sangat pasal benda-benda tu. Sekarang ni nama PD dah ok la since JE tu.



Selain tu pasal PD yang saya tahu ialah adanya kem tentera darat. Tapi tak berapa pasti dekat bahagian mana pulak. Politeknik juga ada dekat PD sebab ada member study dekat situ tapi tak pernah sampai pulak kampus tu.Satu lagi benda yang saya tahu la kot pasal PD, Dj Tiesto yang popular dengan Power Mix dia pernah buat show dekat PD. Dengarnya 10000 ribu ke 20000 ribu yang datang tengok show Tiesto. Boleh jadi ambassador PD mat salleh ni ek.

Memang dah lama bebenau tak pergi PD ni, so di kesempatan kawan-kawan pun nak pergi, buat apa nak lepaskan peluang keemasan ni kan?!..Moga-moga akan ada la hasil atau pengalaman berguna pergi trip ni. See ya.

*p/s DSLR pun tak ada, mintak-mintak la member bawa kamera!..:)

Thursday 20 January 2011

Kasar Ke?


Kenapa orang Melaka bergurau kasar ek?!
Ho ho benda ni jangan main-main weyh.
Kita biasa kot mengalami gurauan kan. Sebab apa gurauan
ni perlu? Bagi saya mudah je. Gurauan boleh merapatkan
hubungan persahabatan kot. Kalau tak boleh bergurau pergi
duduk hutan main dengan monyet ke gajah ke lagi baik kan.

So entri nya kenapa orang Melaka bergurau kasar?
Jawapannya, memang dah terbiasa kot. Culture orang Melaka.
Memang kebanyakannya cakap lepas. Even my mom also
practices the same thing. Yes, it sounds rough. But the words
doesn't mean everything at all.
Hahaha. Gurau macam ni memang tak bertapis la senang cerita.
Perkataan yang keluar setakat babi, bodoh bebal tu biasa-biasa saje.
Tapi kitorang bergurau kawan-kawan lebih extreme lagi. Contohnya,

"Mak kau main puki sial!",
"Kepala bapakkau takde otak ek?!",
"Eyh anak sundal! Bebal kau boleh tahan ek?!"
"Weyhg hanjing!( anjing). Lama tak nampak kau hawau!
Apa kau cakap ni lakknattt?! Dah besau bangka pun bodohh lagi!!
( lepas member kene maki je member lain gelak ramai-ramai!!)
HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!
( memang nampak tak educated langsung time ni).

And lots more la. Terus terang bahasa macam ni memang
tak elok didengar. Tapi mungkin saya orang Melaka, so harsh words
ni dah lali dengar kot. Padehal semua tu gurauan je, if cakap "kepala
bapakkau" dekat member pun bukan la betul-betul mengertikan
perkataan tu kepada member kita tu. Semuanya lebih kepada membangkitkan
mood happy among us. So scene bercerita atau berbual tu nampak fresh la kononnya.
Tapi dengan orang luar, or bila kitorang luar dari Melaka, takdela
sebut bergurau sampai teruk macam tu kan. Hehe. Minta maaf pada
kawan-kawan yang dah biasa terkene makian saya ek. :D

*p/s Nak try rasa kena maki? Jomlah lepak Melaka..hehe




Wednesday 19 January 2011

Short vs Tall ( Part 1 )


Si tinggi: Lu ingat lu tinggi lu dah cukup hot?!
Si pendek: Lu diam la bro, wa tau lu jealous kan?


I am short. I'm not tall like normal men.
Takde rasa malu nak mengaku, saya ni memang pendek..
Bukan pendek akal ok tapi pendek fizikal...
Boleh dikatekan 98% daripada kawan-kawan saya, semuanya
lebih tinggi dari saya..( jealous aku sial!!)..:D
Hal ini mungkin disebabkan oleh baka keturunan saya,
( ayah lagi pendek, so boleh imagine la kan )...
Dan mungkin juga disebabkan oleh pemakanan yang
tidak betul atau tidur yang tidak cukup.
Hmmmm...
There are my friends who like to ask me, ( FAQ )
"Ape rasa jadi orang pendek ek?"...

To be continued....:)

*p/s Even Tom Cruise is shorter than Katie Holmes..so what?! Haha..


Tuesday 18 January 2011

Pelan Mendatang

Dalam masa terdekat ni ramai pulak member-member
ajak pergi bercuti. Minggu ni je budak kelas ajak pergi
Port Dickson. Then cuti Tahun Baru Cina member
dekat Melaka pulak ajak pergi Pulau Langkawi.
My two good friends dekat Shah Alam ni pulak ajak bercuti
Langkawi or somewhere else bulan 3 ni..
Mak datok banyak jugak plan nya ek..
Fulus pun mau fikir gak kan kalau nak berjalan ni..
Bapak saya pun nelayan je bukannya CEO company besar-besar..
Boleh tabur duit bila-bila nak pergi any vacation..
Hmmmm....
Akan difikirkan selanjutnya plan-plan ini...



Even Soros needs to think where to find money for his vacation..


Actually, I have my own plan to be done in this year..
Something about travel, but with more adventurous way..
Really lookong forward to make it this year..
Here we go guys!!!:)

*p/s Duit oh duit....

Monday 17 January 2011

KFC Breakfast

Disebabkan kelaparan baru balik dari main snooker,
saya dan teman serumah pergi la KFC 24 hours dekat Extreme Park tu..
Orang lain tengah membuta kitorang boleh nak makan lagi..
Aishhh orang muda la katekan..haha..
Kitorang decide nak drive thru je tapau makanan bawak balik..
Malas nak lepak sebab dah nak pagi kan..
Jadi sampai je KFC tu ni la menu breakfast dia..;




Orang jakun nak makan breakfast KFC!!!..hehe

Mula-mula rasa nak makan yang set nasi lemak tu, tapi last-last kitorang
try yang a.m. riser burger ( bawah sekali)...
Then for drinks kitorang minta tukar Milo Ais..
2 set a.m. riser burger tu ( siap dengan 2 Milo Ais),
semuanya Rm10.20 je!!
Gila best murah! Sampai rumah ape lagi..
mengadap la burger yang cipot tu dengan Milo Ais...
The result was..AWESOME!!!
Sedap gila burger cipot tu weyhh..sumpah kenyang!!
Makan time 4 5 pagi pulak...
Memang layan habisss laaa..hahaha..( jakun gila aksi)..:D
Selalunya orang try McDonald breakfast je kan..
Ape kate try KFC breakfast pulak...
For me, it was worth your money..





Tapi breakfast macam ni jugak jadi pujaan hati...:D

*p/s Dah lama tak breakfast nasi goreng buatan mak..haha

Sunday 16 January 2011

It's All About Attitude

Err dah dekat pukul 5.30 ni..aduhhh..
Esok ada kelas pukul 10 lagi..malas nye nak pergi..
Rasa macam malassss sangatt nak pergi...
Baru lepas midterm kan..takkan tak boleh extend cuti sikit kot..
Aduhh memang rasa berattt badann nak bangun esok ni..
Kalau tak pergi memang miss lab session lagi..
Dah berapa kali miss lab session ni..
Tu yang macam berbelah bagi...
Tengok je la esok macam mana mata ni..
Eyes, please be nice to me!!!!


Mengantuk gila la sial...online lecture dari rumah takde ke?!


Ha jangan jadi macam saya ni. Perangai tak serupa student.
Seriously, jangan diikut perangai tak senonoh ni.
Ada kelas pagi tapi tidur dekat pukul 4 5 pagi.
Kalau study takpe ni melepak la, online la, buat kerja entah ape-ape entah..
Membuang masa tu kebiasaan la senang cerita..

Nak jadi orang berjaya macam ni ke perangai?
Nak pakai Lamborghini macam ni ke perangai?
Nak dapat scholarship macam ni ke perangai?
Nak ada banglo lakeview 7 bilik macam ni ke perangai?
Nak dapat gaji 5 angka macam ni ke perangai?


TAK PAYAH MIMPI LAAA AM......SIMPAN JE ANGAN-ANGAN KAU TU SEMUA..

*p/s Dah jauh sangat ketinggalan, ibarat Ex5 main dengan R1. ..


Saturday 15 January 2011

Futsal And Reunion

Alhamdulillah baru balik One Utama bermain futsal dengan
kawan-kawan sekolah lama. Lama tak main, memang pancit
habis la sial. Nasib baik main dengan kawan-kawan je,
kalau ada friendly game dengan team betul tak tau la macam mane.:D
Memang kene tapau terbarai la jawabnya..haha
Main dengan kawan-kawan, memang jawapannya
gelak je la memanjang!!! Hahahahhaha



Masa beraksi mengeluarkan skil Yaya Toure!!

Thanks to Vege sebab invite saya main bersama.
Actually, ni reunion budak-budak sekolah saya time
saya study di Seremban. Pernah masuk Sek Men Sains
Seremban (SASER). But study 1 tahun je kat sana,
then masa form 5 quit SASER, masuk balik sekolah
lama dekat Melaka.
Sebab tak boleh hidup tanpa TV. World Cup plak masa Form 5 tu!
Bagus betul alasan nak quit kan??:P
By the way, really hope to see you guys again!!!!!



Nampak je cantik tapi bangunan lain semua old school!! Haha..


*p/s I am so jealous with you guys. I mean it. :)

Friday 14 January 2011

Melalak Sekejap Jom

Karoeke time!!
Hahahaha bila tiba bab ni adrenalin rush memang menggila weyh!..
Setelah sekian lama mempraktiskan diri dalam studioJAMBAN (toilet), masa ni la nak beraksi!
Kalau dulu time-time baru nak up mesti karoeke dekat Jamban.
Yang token bayar Rm1 untuk 1 lagu tu..
Dalam Jamban yang boleh muat 3 orang tu, (kadang-kadang redah sampai 5 6 orang),
masa tu la nak melalak puas-puas..
Sambil-sambil tak tahu malu tengok Jamban sebelah..hahahahaha


Segan sial nak masuk jamban transparent ni....:D


Lepas jamban, bila dah besar ni barulah try karoeke dekat dalam bilik.
Macam bilik ni rate dia biasanya;
  • ikut saiz bilik, ( large, medium, small, VIP room)
  • ikut jumlah lagu yang dinyanyi ( Rm1-Rm1.50 biasanya 1 lagu)
  • ikut pakej ( 4 -5 jam, free buffet, lunch, or drinks).
  • ikut kepala ( Rm10++ per head, biasanya lah)

Melalak la puas-puas dengan member-member!!!


Sekarang ni pun macam-macam pusat karoeke ada kat mana-mana.
Red Box Square, Dream Box, entah macam-macam box lagi la.
Kebanyakannya dengan harga yang berpatutan la.
Pendek kata kalau korang ada Rm1 pun boleh melalak la!!
Tapi tempatnya faham-faham je la ek..



Kalau takde duit? Ape ade hal. Tempat ni FOC kot..
Siap Kak Limah teman nyanyi sekali..:D


*p/s Lagu kemestian ialah Cinta Kristal..perghhhh layannnn...

Syoknya Hujan!!!

Gila syok sial main hujan macam ni!!!.....




Main hujan sebab tension lepas exam!!!!........





Asyik hujannn jee mata aku pun dah naik kuyu ni...zzz


*p/s Dah habis midterm!..:D





Wednesday 12 January 2011

Padan Muka Haha


Lepas ni balik kampung pergi apply part time 7e ek..

Akhirnya si tua bangang blah gak.
Puas hati sangat tengok si nyanyuk ni blah.
Pasal kau season ni dah kalah 9 kali. Belum lagi sampai habis season.
If kau ada lagi aku rase memang Kop main 2nd division next season.
Sorry man. You are just not destined to be with us.
Thanks for all the 'briliant' signing you have made.
And you may manage lots of mid club table after this.
Because we just simply not the mid club table.

*p/s Welcome back King Kenny....

Tuesday 11 January 2011

Wanna Run, Run And Run

It's been 3 weeks, since the last time I went to exercise.
Oh man, exercise is really important for me.
I can't just stay at home, lean against my pillows and sign in for my facebook and blog.
Or lay down in front of television, watching or gaming.
I don't really into those things, honestly.
I prefer to join strangers and play football with them.
I prefer jogging around section 13 in Shah Alam.
I prefer to put on a pair of roller blade and dancing for the whole night at the Extreme Park.


Macam mana nak keluar peluh kalau duduk terkangkang je bro?!!!



I hate flu, asthma and those diseases that make me suffer at the moment.
Flu really makes me tired, and becomes lazier.
It's hard for me to study and think normally. Everything is in slow motion.
Fuck up !!!
That's true ;The greatest wealth is health. ~Virgil



*p/s Congrats to Lionel Messi for the Balloon D' Or award, but for me it should be Sneijder's..:)





Monday 10 January 2011

Tolong Ingatkan Aku

Minggu yang agak tension sikit. Mane tak nye, midterm la derr..pastu ditambah pulak dengan demam..fuhh pakej habis la kan!!
Ape-pun, tahniah kepada Ana Raffali sebab menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-25 semalam. Bagi saya, persembahan Ana biasa-biasa saja, tapi lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang ada feel dan jiwanya yang tersendiri. Actually, sebelum diorang umumkan pemenang aku target lagu Yuna, Cinta Sempurna yang menang. Atau pun lagu Faizal Tahir, Hanyut. Tapi dah rezeki Ana kan malam tu, kira wow!! la gak.lagi-lagi M.Nasir yang jadi ketua juri..takkan nak pertikan lagi kan..


Ini malam, Ana yang punya haaa..!!


Oh sebelum terlupa, nak puji sangat-sangat persembahan Faizal Tahir masa hanyut. Superb, amazing, fantastic, awesome, bombastic dan macam-macam lagi la!!!! Bukan nak puji melampau mamat Superman ni tapi sememangnya every year saya tunggu perfomance from him. Memang tak expect langsung dia ada idea nak terjun dalam air tu, ( macam hanyut la kononnya), then berenang naik atas stage, sambung nyanyi balik. Dude, you rock the night!!! Nasib baik kau tak buat perangai bukak baju malam tadi!!


Damn, macam mane kitorang tak boleh beat lagu Ana ni?...
Next edition kene pakai baju Melayu kot...

Tahniah kepada semua pemenang. Masa AJL 25 ni, saya dalam kereta seorang diri dari Melaka ke Shah Alam. Nasib baik ada live covering from Hot.Fm. Sampai Shah Alam tengok dekat rumah pulak. Next edition nak try tengok live la...walaweiiii!!!:D

*p/s Tolong ingatkan aku..esok ada paper..

Saturday 8 January 2011

Kendarat Kahwin

Saya orang Melayu. Melayu sejati dan ada darah Jawa dari sebelah ayah. Budaya orang Melayu, biasalah. Time ada kenduri kahwin mesti ada kendarat yang menjadi tulang belakang dalam majlis tersebut. Kendarat? Tengoklah soalan-soalan atau fakta-fakta kebiasaan tentang kendarat.
  • Tak penat ke jadi kendarat?
  • Ada dapat upah ke jadi kendarat?
  • Baju dengan seluar mesti kotor kene kuah atau sambal kan bila jadi kendarat?
  • Apa faedah nya tolong majlis kawan-kawan atau saudara-saudara? Dapat hasil ke?
Ni antara persoalan tentang menjadi kendarat. Saya pernah menjadi kendarat untuk majlis kawan dan saudara. Honestly, it was kinda tired but fun as well!!. Kendarat biasanya tolong memasak lauk-pauk, tolong lap dan basuh pinggan. Ada gak yang tolong mengangkat lauk-pauk serta nasi untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Biasanya sekarang orang buat buffet, tapi ada gak yang still buat konsep hidang. Biasanya kendarat akan diselitkan dengan wang kertas RM10, 5 atau 1 di baju mereka. Rokok pun biasanya disponsored oleh tuan rumah. Heaven gila kan? :)
Kerja-kerja ni biasanya memang memenatkan, lagi-lagi kalau matahari terpacak atas kepala. Hambikk kauuuu!!! Hahahaha. Baju dengan seluar tak payahlah nak pakai macam nak pergi majlis orang tapi pakai lah macam nak buat kerja kontrak. Confirm kene kuah atau sambal punya. Yang bestnya part jadi kendarat ni time lepas majlis habis. Apa lagi it's gonna be kendarat's party!!!! Pesta air sambal atau air kuah akan berlaku. Semua kendarat biasanya tak akan terlepas dari disiram dengan air-air kumbahan ni. Lepas dah settle semua, biasanya kendarat akan mengheret pulak pengantin lelaki keluar untuk dijadikan mangsa!!! Sumpah fun gila weyh!!.........Lagi-lagi aksi kejar-mengejar nak tangkap mangsa!! Haha..
Kebaikan menjadi kendarat, hubungan kita dengan saudara atau kawan-kawan lagi bertambah rapat lah. Maybe ada sahabat yang jarang berhubungan dengan kita, so time jadi kendarat la dapat mengeratkan balik silaturrahim dengan kawan kita. Dengan saudara kita pun macam tu gak.
Pengalaman jadi kendarat memang menyeronokkan. Saya rasa ada antara kita tak pernah kot jadi kendarat. Jangan tak try weyh!!! Seriously if you think you are pure Malay, you have to try getting involve in a wedding and be the kendarat. :)

*Time ni internet speed memang laju. Ada pulak kes melatah-latah lepas tu. Kalah gossip girls mak! :D

*p/s Kalau Melayu buat la cara Melayu..hahaha

Friday 7 January 2011

Lorong Pilihan

Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka seorang diri memang membosankan. Nasib baik ada 2R yang jadi peneman setia iaitu rokok dan radio. Masa tengah drive dekat highway, biasalah sebab dah bosan sangat tak tau nak tengok apa saya pun buat pemerhatian dekat semua lorong di highway yakni lorong kiri, tengah dan kanan. Rumusannya,...
  1. Tidak digalakkan guna lorong kiri sebab kenderaan tersangat lembab macam orang Arab naik unta dekat padang pasir. Lori-lori, bas-bas atau kontena-kontena pulak berlambak, jadi perjalanan anda boleh diandaikan seperti kereta lembu yang membawa Sultan Melaka. Laju gila kan?
  2. Tidak disyorkan mengambil lorong tengah. Alasannya, aliran trafik tak konsisten. Pemandu di lorong kiri serta kanan gemar memasuki lorong tengah secara tiba-tiba. Kadangkala, sedang anda menggunakan lorong tengah, tiba-tiba ada bas dari lorong kiri masuk ke lorong anda. Ataupun, bas gila yang tiba-tiba muncul dengan lampu tinggi dari belakang kereta anda? Cuak bukan?
  3. Tidak digalakkan mengambil lorong kanan. Alasannya mudah, anda mudah menjadi buta sebab lampu-lampu tinggi dari BMW 5 series, Mercedes C or E Class, Ferrari, Lamborghini, Porsche dan sebagainya. Kalau degil jugak nak guna lorong kanan make sure prepare a pair of Ray Ban or Oakley sunglasses. Lagi terkejut berok kalau masa anda menggunakan lorong kanan tiba-tiba ada kelibat CLK (Merc) yang high beam anda. Anda pun tak perasan, mati-mati ingat CLK dan dengan segera memberi laluan untuk CLK itu memotong anda. Lepas CLK melepasi anda, jangan terkejut. Cute Little Kancil tauuuuuuu. Orang Malaysia kan berani sesetengahnya?
Kesimpulannya, lorong mana yang paling sesuai dan selamat digunakan? Tolong jangan jawab Lorong Haji Taib..haha

*p/s Rusa dekat atas ni pun menangis tertonggeng nak pilih lorong....:D

Thursday 6 January 2011

Bebal Teknologi



Alhamdulillah.
Tiada kata-kata indah selain syukur kepada-Nya kerana membenarkan saya untuk menulis lagi.
Baru selesai belajar setting account and a few stuffs dengan teman serumah yang sangat baik hati. Nasib baik la budak-budak ni ada. Kalau tak saya pun rasa malas nak belajar benda-benda tu. Satu benda yang sangat benar, saya ni BUTA IT! Jangan keliru. (IT stands for information technology) Sangat melampau la tahap buta saya sampai kadang-kadang nak save or open file pun tak reti. Nak tukar font bila typing pun terkial-kial nak cari. Apatah lagi nak belajar benda yang lagi susah. Memang harapan la jawabnya. Hahahaha.
Sejak duduk Shah Alam ni, dengan bantuan kawan-kawan dapat la belajar sikit-sikit pasal teknologi maklumat ni. Memang merangkak-rangkak, tapi at least i keep learning on those stuffs. Nak buat apa malu kan dalam bab belajar. Lagi pun bukan belajar benda tak baik, belajar untuk mengikuti arus pembangunan teknologi. Perghhhh ayatttt!!!!
Rasanya itu sahaja untuk disampaikan untuk posting kali ini. See ya! :)

*
p/s Kalau lah member rapat saya Mark Zuckerberg...:)


Wednesday 5 January 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum warahmatullah.
Err tak tahu macam mana nak mulakan kata-kata.:)
Cuma tulisan yang sangat-sangat amatur.
Untuk gelak ketawa, berkongsi cerita serta pendapat rasanya sangat sesuai.
Segala kata-kata dalam blog ini adalah jujur dan benar dari hati penulis yang teramat la ingin memiliki blog sendri.(last last ada gak)..haha..
Tak banyak untuk dinukilkan awal-awal ni. Jumpe lagi..:)