Friday, 21 January 2011

PD Preview

Esok pagi InsyaAllah akan bertolak ke Port Dickson dengan classmates.
Harapnya dapat bangun awal sebab lately nak bangun pagi bukan main liat lagi.
Dapat la rehatkan otak tengok keindahan laut dan pantai ciptaan Tuhan Yang Maha Kaya.

So, Port Dickson or PD. Apa la ada dekat PD ni. Saya pun pernah ke PD ni sekali dua je.
Yang saya tahu PD ni famous ni sebab pantai dia yang cantik. Boleh mandi manda dekat laut. Tapi lepas kes JE ( Japanese Encephalitis) yang famous amos ( cikgu English tak ajar perkataan ni) tu, reputasi tempat ni agak tercemar sikit. Ada orang kata pantai PD dah kotor la, sebab air dari kandang babi mengalir kat laut PD tu. Dengar cerita orang je dulu sebab time JE melanda tu saya sekolah rendah kot. Mane nak amik port sangat pasal benda-benda tu. Sekarang ni nama PD dah ok la since JE tu.



Selain tu pasal PD yang saya tahu ialah adanya kem tentera darat. Tapi tak berapa pasti dekat bahagian mana pulak. Politeknik juga ada dekat PD sebab ada member study dekat situ tapi tak pernah sampai pulak kampus tu.Satu lagi benda yang saya tahu la kot pasal PD, Dj Tiesto yang popular dengan Power Mix dia pernah buat show dekat PD. Dengarnya 10000 ribu ke 20000 ribu yang datang tengok show Tiesto. Boleh jadi ambassador PD mat salleh ni ek.

Memang dah lama bebenau tak pergi PD ni, so di kesempatan kawan-kawan pun nak pergi, buat apa nak lepaskan peluang keemasan ni kan?!..Moga-moga akan ada la hasil atau pengalaman berguna pergi trip ni. See ya.

*p/s DSLR pun tak ada, mintak-mintak la member bawa kamera!..:)

2 comments:

  1. memang poyo....
    hahahahhahaha......
    (◕‿◕)

    ReplyDelete