Tuesday 1 February 2011

Port Dickson With Buddies

FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Akhirnya dapat gak menulis setelsah selesai macam-macam benda terjadi dalam 2 3 hari ini. Selesai sudah midterm test ( yang last minute study), maka selesai la segala permasalahan yang menyemakkan kepala seorang pelajar. Full stop.

Cerita ni nak berlaku masa weekend minggu lepas, hari Sabtu. Makanya, ( macam cerita rakyat pulak) hehe..Kitorang pun berangkat ke Port Dickson dengan 2 bijik kereta. Perjalanan dari Shah-Alam-Port Dickson takde lah jauh sangat. Tapi sebab panas, so terasa la jugak bahang perjalanan tu. Sampai di PD, kitorang pun check in di Ilham Resort dekat dengan Tanjung Tuan. Sejujurnya, pernah sampai dekat tempat ni sebab pernah pergi camping waktu sekolah dulu. The resort was nice, because for me it was located really near with the beach. The view was also fabulous to watch from our unit. The important thing to highlight here is,

Millions thanks to Mr Kassim ( Tira's dad), who sponsored us the accommodation!!!





Lepas check in dan kemas-kemas barang, kitorang pun memulakan aktiviti penerokaan di pantai yang berhampiran. Masing-masing dengan bergaya persis model Brazil bila nak ke pantai ni. Dengan shades, camera bagai la. Tapi yang bagusnya, diorang jalan-jalan dekat pantai tu, saya memilih untuk tidak berjalan bersama mereka. Sebabnya? Ternampak kedai burger dekat situ. Sorry guys. Perut tengah lapar. Stomach comes first. Haha





Masa diorang meneroka pantai tu, ( fotoshoot+ main pasir + bla bla bla), saya meneruskan agenda tersendiri dengan menikmati burger. Lepas penat meneroka, diorang pun join saya lepak kedai burger tu. Nice weyh. Perut tengah lapar, dapat pulak burger, ditambah pulak air bikarbonat. Sambil duduk bawah pokok yang redup ditemani angin-angin bayu laut. Ayat tak ada lagi puitis pulak kan?




Selesai lepak kedai burger, kitorang pun balik ke resort. Diorang pulak plan nak keluar jalan-jalan dekat pekan PD tu, tapi saya? Minta maaf la. Mata dah rabak, malam sebelum tu tidur tak cukup. Diorang pun meneruskan agenda meneroka pekan PD, manakala saya pulak masuk bilik, tukar baju, terus landing! ZZZZZZ..

Petang, saya terjaga pukul 5 macam tu. Kitorang dikejutkan dengan kedatangan last minute Awien and her boyfriend. Semua pulak tengah menjadi jaguh renang time tu. Disebabkan saya datang lambat sikit, pool pun dah ramai orang. Kebanyakannya family dengan anak-anak la. Lepas tukar baju, terus terjun mandi dengan diorang, except Shaf yang tak nak mandi sekali disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Jadi, dapatlah minta tolong dia jaga barang-barang kitorang dekat situ. Swimming pool dia besar la gak, tapi yang penting tak dalam. 1 more time tak dalammmmmmm!!!!! :P









Lepas layan swimming, kitorang beralih ke pantai untuk meneruskan aktiviti. Mula-mula ingat nak mandi air laut je, then diorang nak naik banana boat. Sejujurnya, saya tak pernah naik banana boat. Mula-mula cuak gak, tapi lepas merasai macam mana dihumban ke laut daripada bot, I just have 1 word for it. AWESOME!!! Malangnya, gambar menaiki banana boat tak ada pulak disebabkan Shaf duduk jauh daripada kitorang masa naik benda tu. Lepas naik banana boat tu, kitorang pun mandi laut sekejap, dan kemudiannya Awien pun muncul dengan boyfriend dia lepak dengan kitorang dekat tepi pantai.










Lepas maghrib, semua bersiap nak pergi dinner. Memang dah plan pun nak makan seafood, so Tira pun lead kitorang pergi seafood restaurant dekat-dekat situ. Macam-macam la order.
Semua plak makan macam tak pernah jumpa nasi. Yelah, penat main air punya pasal. Haha.





Balik dari makan, kitorang plan nak karoeke dekat hotel tu. Tapi, disebabkan masalah teknikal, aktiviti karoeke tak dapat dijalankan. Nak swim dekat pool pun tak dibenarkan pada waktu malam.Tak tahu mana arah nak tuju dekat hotel tu, kitorang pun lepak tepi pool fikir apa nak buat masa tu. Sambil duduk atas beach chair tu, masing-masing dah rasa malas, mengantuk. Last-last, semua surrender! Semua decide nak buat aktiviti taik mata. Haha. Saya pun balik ke bilik layan movie dekat tv3 jap, lepas tu terus tidur. Nyenyak gila weyh! Tidur awal la katekan.

Esoknya, semua bersiap-siap kemas nak check out. Sempatla budak-budak perempuan ni cari roti canai buat breakfast. Paling last bangun macam biasalah, saya. Haha. Dah kelam-kabut nak kemas, sampai tak sempat nak breakfast. Lepas check out, kitorang decide nak jalan-jalan dekat pekan PD. So singgahlah dekat Pantai Teluk Kemang. Ramai gak orang dekat sini. Kitorang pun jalan-jalan dekat situ, cuaca memang panas nak mati la. Jalan punya jalan terjumpa banyak gerai souvenir dengan t-shirt plak. Ha ape lagi. Typical Malaysian kan. Shopping time! Dapatlah beli t-shirt PD Rm10 buat kenangan. Jadi lah tu kann...Haha.




Well, it wasn't really a grand vacation, but personally, I think this vacation has made our friendship bond becomes stronger. Really enjoy the good times with you guys! Will looking forward to have this kind of trip next time. To Dharma, Tira, Shaf, Eric, Awien, ( Lokman and Naza too), it is my pleasure to have friends like all of you. Minta maaf kalau baca story ni macam karangan budak darjah 6, and sorry too if pictures tak berapa clear, sebab semua dari kami bukan profesional photographer. See ya!

*p/s Better plan and tentative for the next trip, guys! :)




3 comments:

  1. Betul ke tak dalam pool tu am? pasti ke? confirm jejak? HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. fuyoo sangat terharu ni baca post u.

    -athirah.

    ReplyDelete