Monday 14 February 2011

Kuliah 'Uztaz'

12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Signifikan kepada tarikh ini ialah lahirnya manusia yang aku nobatkan paling ter-Agung di muka bumi. Manusia yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran. Manusia itu ialah

Muhammad Rasulullah SAW.

Sudah semestinya kita harus menjunjung dan menyambut tarikh ulang tahun kelahiran nabi tercinta kita. Sejujur-jujurnya, bukan lah insan yang sangat arif tentang agama, tetapi sekurang-kurangnya hayatilah ulang tahun kelahiran Rasulullah dengan hati yang lapang dan beriman. Keberkatan yang didapati dari mengingati peristiwa ini, insya-Allah akan diredhai oleh Tuhan kita Yang Maha Esa.

Bukan niat nak berlagak pandai jadi Lebai atau Uztaz arif pasal agama, just rasa sedikit terkilan je tadi. Mana tak nya. Baru je balik makan dari sebuah restoran yang memang menyediakan perkhidmatan karoeke. Biasalah kalau dah restoran ada karoeke, memang la bising kan area tu dengan bunyi bising orang melalak. Tapi rasa terkilan sangat-sangat, sebab masa malam sambutan ulang tahun ni pun restoran tu buat dek je pasang lagu-lagu karoeke, and sometimes ada orang yang capai microfon and selamba menyanyi sambil layan perasaan, nak menghiburkan hati pengunjung.

Come on la. Karoeke tu tiap-tiap malam kot boleh pasang. Apa lah salahnya kalau malam yang mulia ni pasang lagu-lagu nasyid ke, tak pun tak payah pasang langsung apa-apa lagu. Sekurang-kurangnya RESPECT dan HORMAT la sikit malam sambutan hari kelahiran pemimpin teragung kita. Orang nak cakap apa pun tapi at least respect la sikit.Tauke restoran tu boleh kot consider sikit benda ni. Tak rugi pun bisnes tu rasanya kalau tak pasang karoeke 1 malam. 1 malam je kot. Semalam je.

Benda ni memang subjektif, macam kes sembahyang gak. Tak kisah la orang tu sembahyang ke tak, itu hal individu tu dengan Allah. Dosa dan pahala antara dia dengan Allah. Tapi.Tapi. Dan Tapi. Sekurang-kurangnya hormat la sikit bila dengar bunyi azan tu. Kalau tengah dengar radio ke apa, cuba la slow down the volume or tutup sekejap radio tu. Azan tu tak sampai 10 minit kot. Boleh je kan hormat bunyi azan tu kejap. Sekejap je. In terms of respect the religion, I think it can be done by our people. Cuma kadang-kadang tak sedar, biasalah manusia mana tak buat silap kan. Aku pun 2 kali 5 gak macam tu.

Seribu kemaafan, sebab, macam aku cakap yang aku sememangnya tak layak cakap benda ni. Dan aku pun kene cermin diri aku perangai macam mana gak. Yes, I admit it, but at the same time I just deliver my very honest opinion, so that we can look upon it and think. Sorry again.

*p/s Basahkan bibir dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

4 comments: