Friday, 11 February 2011

Universal Studios!!!



Terlalu banyak nak post actually. Pasal tu pasal ni. Kalau boleh semuanya nak cerita dalam 1 entri. Gelabah gila budak baru berblog ni. JAKUN NAK MAMPOS. Hahaha. PERGI MAMPOS! :)

Masa CNY break last week, aku + family + cousin ( Nasir, Zumar and Amy) berkesempatan ke Singapore. Memang dah plan masa awal-awal bulan hari tu nak pergi Universal Studios. Tapi kitorang bermalam dekat JB, masa Jumaat tu baru masuk Singapore. One whole day, from 8 a.m till midnight dalam Singapore.Tour masuk Singapore ni guided by my cousin, Amy, who works in Singapore. So advantage dah ada dekat situ, memudahkan perjalanan kitorang. Memang tak dinafikan agak jakun dan teruja seekor-seekor masuk Kota Singa ni. Hehe.

Lepas check passport bagai dekat imigresen, ( Nasir dengan Zumar happy gila passport baru dah dapat cop..hehe), 2 bijik kereta menuju ke dalam bandar Singapore. Kitorang park kereta dekat Vivo City, then beli MRT tiket ke Universal Studios. Masa dekat Vivo City tu tak payah cakaplah. Seekor-seekor amik pic bagai dengan video cam lagi. Tourists ler katekan. Dalam MRT masa on the way yang sesak-sesak orang tu pun boleh bergambar. Haha. Maafkan la orang-orang kampung macam kitorang ni ek.:D



Mak dengan Ika ni lepas park je terus snap sebelah teksi Singapore. Jakun betul. :D



Tengah queue naik train. Tengok muka masing-masing.:D



Dalam MRT pun sempat! Haish..:D

Sampai je di Sentosa, bila masing-masing dah nampak signboard Universal Studios, apa lagi terkinja-kinja la seekor-seekor. Photoshoot dekat globe Universal Studios tu je aku rasa mau setengah jam ada. Belum lagi masuk dalam. Manusia dekat situ pulak dah ramai. Bayangkan la macam mana keadaan dekat situ. Haha.


Rombongan Cik Yati ke Universal Studios. :D

Lepas masuk je Universal Studios, ha ambik kau!!! Lautan manusia dekat dalam tu. Perghh punyalah ramai manusia. Yela Cina Singapore cuti kan, ditambah pelancong luar macam kitorang ni. Tapi Universal Studios memang cantik!!! It was like you were in States where all the movie makers produce their damn great films!!! Do enjoy some pics here. :)


Main area of Universal Studios. Manusia tengah nak ramai ni.



Welcome to Madagascar!!!



Shrek and Fiona bersama orang Melaka :D



Basah lencun lepas main Rapids Adventures dekat Jurassic Park



Kepanasan di Egypt:D




Masa melantak lepas penat berjalan!:D



Arab Kuno ni macam poyo pun ada:D



Dekat sini seriously rasa macam dekat New York! :D



Tiger show di petang hari. Hilang penat sekejap tengok benda ni:D

Actually terlalu banyak gambar sampai tak tahu nak letak mana satu. Impossible la nak letak semua pics. Memang tak larat la nak letak. Sangat-sangat berpuas hati dengan Universal Studios ni. Best gila sebab dapat tengok movie Shrek 4D ( bukan 3D tau..hehe), dengan efek kerusi bergoyang masa aksi kejar-mengejar, air dipancut pada muka kita masa scene Donkey bersin. TERBAIK! Then,dapat tengok macam mana kesan khas dengan sound effect yang superb dalam Hollywood Studio. Ditambah dengan thrill masa main game Rapids Adventure dekat Jurassic Park, sampai basah lencun sorang-sorang kene air . Just kempunan tak dapat naik roller coaster sebab terlalu ramai yang queue. ( dah penat dan malas nak beratur panjang-panjang).

Silapnya satu je time pergi Universal Studios ni time ni. Sebab terlalu ramai orang dan kena beratur nak main game. Beratur pendek takpe ni beratur sampai 1 jam lebih APE CER? Haha. Kalau taknak beratur boleh beli express pass, tapi tambah 30 $. Original tiket dah 70$. Tambahlah, then convert Ringgit. Baru bab tiket. Yang pic makan tadi, guess how much cost of the foods? 130++ $. Convert Ringgit tak ke cecah RM200++. Makan nasi berayani dengan coke je kot kitorang. Haish. Singapore is all about money weyh.

Memang tipu if taknak datang Singapore lagi. Universal Studios ni pun banyak lagi tak explore sebab terlalu ramai orang time tu. Lepas ni express pass is a must. Then, Sentosa Island ni rupanya besar gila la weyh. Ingatkan kecik je rupanya Amy cakap banyak lagi tempat dalam Sentosa tu. Fuhh. Pandai betul Lee Kuan Yew ni. Tu belum lagi nak explore Geylang, Singapore Flyers ( Ferris Wheel) etc etc. Masa pergi hari tu dapat pergi Little India je, beli souvenir sikit-sikit dekat Mustafa Center ( macam Mydin la dekat sini) yang operate 24 hours.Trust me, there is still more to discover in Singapore. Until we meet again!:D

*p/s Geylang Lorong Belas-belas sedikit menarik perhatian. Gara-gara Amy la ni!:D






No comments:

Post a Comment