Akhirnya dapat gak menulis setelsah selesai macam-macam benda terjadi dalam 2 3 hari ini. Selesai sudah
midterm test ( yang
last minute study), maka selesai la segala permasalahan yang menyemakkan kepala seorang pelajar. Full stop.
Cerita ni nak berlaku masa
weekend minggu lepas, hari Sabtu. Makanya, ( macam cerita rakyat pulak) hehe..Kitorang pun berangkat ke Port Dickson dengan 2 bijik kereta. Perjalanan dari Shah-Alam-Port Dickson takde lah jauh sangat. Tapi sebab
panas,
so terasa la jugak bahang perjalanan tu. Sampai di PD, kitorang pun
check in di
Ilham Resort dekat dengan
Tanjung Tuan. Sejujurnya, pernah sampai dekat tempat ni sebab pernah pergi
camping waktu sekolah dulu.
The resort was nice, because for me it was located really near with the beach. The view was also fabulous to watch from our unit. The important thing to highlight here is,Millions thanks to Mr Kassim ( Tira's dad), who sponsored us the accommodation!!!

Lepas
check in dan kemas-kemas barang, kitorang pun memulakan aktiviti penerokaan di
pantai yang berhampiran. Masing-masing dengan bergaya persis model Brazil bila nak ke pantai ni. Dengan
shades, camera bagai la. Tapi yang bagusnya, diorang jalan-jalan dekat pantai tu, saya memilih untuk tidak berjalan bersama mereka. Sebabnya? Ternampak
kedai burger dekat situ.
Sorry guys. Perut tengah lapar.
Stomach comes first. Haha


Masa diorang meneroka pantai tu, (
fotoshoot+ main pasir + bla bla bla), saya meneruskan agenda tersendiri dengan menikmati
burger. Lepas penat meneroka, diorang pun
join saya lepak kedai burger tu.
Nice weyh. Perut tengah lapar, dapat pulak burger, ditambah pulak air bikarbonat. Sambil duduk bawah
pokok yang redup ditemani
angin-angin bayu laut. Ayat tak ada lagi puitis pulak kan?

Selesai lepak kedai
burger, kitorang pun balik ke resort. Diorang pulak plan nak keluar jalan-jalan dekat
pekan PD tu, tapi saya? Minta maaf la. Mata dah rabak, malam sebelum tu
tidur tak cukup. Diorang pun meneruskan agenda meneroka pekan PD, manakala saya pulak masuk bilik, tukar baju, terus landing! ZZZZZZ..
Petang, saya terjaga pukul 5 macam tu. Kitorang dikejutkan dengan kedatangan
last minute Awien and
her boyfriend. Semua pulak tengah menjadi jaguh renang time tu. Disebabkan saya datang lambat sikit,
pool pun dah ramai orang. Kebanyakannya
family dengan anak-anak la. Lepas tukar baju, terus terjun
mandi dengan diorang,
except Shaf yang tak nak mandi sekali disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Jadi, dapatlah minta tolong dia jaga barang-barang kitorang dekat situ.
Swimming pool dia besar la gak, tapi yang penting tak dalam.
1 more time tak dalammmmmmm!!!!! :P


Lepas layan
swimming, kitorang beralih ke pantai untuk meneruskan aktiviti. Mula-mula ingat nak mandi air laut je,
then diorang nak naik
banana boat. Sejujurnya, saya tak pernah naik
banana boat. Mula-mula cuak gak, tapi lepas merasai macam mana
dihumban ke laut daripada bot,
I just have 1 word for it. AWESOME!!! Malangnya, gambar menaiki
banana boat tak ada pulak disebabkan Shaf duduk jauh daripada kitorang masa naik benda tu. Lepas naik
banana boat tu, kitorang pun mandi laut sekejap, dan kemudiannya Awien pun muncul dengan
boyfriend dia lepak dengan kitorang dekat tepi pantai.


Lepas maghrib, semua bersiap nak pergi
dinner. Memang dah
plan pun nak makan
seafood,
so Tira pun
lead kitorang pergi
seafood restaurant dekat-dekat situ. Macam-macam la
order.Semua plak makan macam tak pernah jumpa nasi. Yelah, penat main air punya pasal. Haha.

Balik dari makan, kitorang plan nak karoeke dekat hotel tu. Tapi, disebabkan masalah teknikal, aktiviti
karoeke tak dapat dijalankan. Nak
swim dekat
pool pun tak dibenarkan pada waktu malam.Tak tahu mana arah nak tuju dekat hotel tu, kitorang pun lepak tepi
pool fikir apa nak buat masa tu. Sambil duduk atas
beach chair tu, masing-masing dah rasa malas, mengantuk.
Last-last, semua
surrender! Semua
decide nak buat aktiviti taik mata. Haha. Saya pun balik ke bilik layan
movie dekat tv3 jap, lepas tu terus
tidur. Nyenyak gila weyh! Tidur awal la katekan.
Esoknya, semua bersiap-siap kemas nak
check out. Sempatla budak-budak perempuan ni cari roti canai buat
breakfast. Paling last bangun macam biasalah, saya. Haha. Dah kelam-kabut nak kemas, sampai tak sempat nak
breakfast. Lepas
check out, kitorang
decide nak jalan-jalan dekat pekan PD. So singgahlah dekat
Pantai Teluk Kemang. Ramai gak orang dekat sini. Kitorang pun jalan-jalan dekat situ, cuaca memang panas nak mati la. Jalan punya jalan terjumpa banyak gerai
souvenir dengan t-shirt plak. Ha ape lagi.
Typical Malaysian kan.
Shopping time! Dapatlah beli
t-shirt PD Rm10 buat kenangan. Jadi lah tu kann...Haha.
Well, it wasn't really a grand vacation, but personally, I think this vacation has made our friendship bond becomes stronger. Really enjoy the good times with you guys! Will looking forward to have this kind of trip next time. To Dharma, Tira, Shaf, Eric, Awien, ( Lokman and Naza too), it is my pleasure to have friends like all of you. Minta maaf kalau baca
story ni macam karangan budak darjah 6, and
sorry too if pictures tak berapa
clear, sebab semua dari kami bukan profesional
photographer.
See ya!*p/s
Better plan and tentative for the next trip, guys! :)