Monday, 14 February 2011

Kuliah 'Uztaz'

12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Signifikan kepada tarikh ini ialah lahirnya manusia yang aku nobatkan paling ter-Agung di muka bumi. Manusia yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran. Manusia itu ialah

Muhammad Rasulullah SAW.

Sudah semestinya kita harus menjunjung dan menyambut tarikh ulang tahun kelahiran nabi tercinta kita. Sejujur-jujurnya, bukan lah insan yang sangat arif tentang agama, tetapi sekurang-kurangnya hayatilah ulang tahun kelahiran Rasulullah dengan hati yang lapang dan beriman. Keberkatan yang didapati dari mengingati peristiwa ini, insya-Allah akan diredhai oleh Tuhan kita Yang Maha Esa.

Bukan niat nak berlagak pandai jadi Lebai atau Uztaz arif pasal agama, just rasa sedikit terkilan je tadi. Mana tak nya. Baru je balik makan dari sebuah restoran yang memang menyediakan perkhidmatan karoeke. Biasalah kalau dah restoran ada karoeke, memang la bising kan area tu dengan bunyi bising orang melalak. Tapi rasa terkilan sangat-sangat, sebab masa malam sambutan ulang tahun ni pun restoran tu buat dek je pasang lagu-lagu karoeke, and sometimes ada orang yang capai microfon and selamba menyanyi sambil layan perasaan, nak menghiburkan hati pengunjung.

Come on la. Karoeke tu tiap-tiap malam kot boleh pasang. Apa lah salahnya kalau malam yang mulia ni pasang lagu-lagu nasyid ke, tak pun tak payah pasang langsung apa-apa lagu. Sekurang-kurangnya RESPECT dan HORMAT la sikit malam sambutan hari kelahiran pemimpin teragung kita. Orang nak cakap apa pun tapi at least respect la sikit.Tauke restoran tu boleh kot consider sikit benda ni. Tak rugi pun bisnes tu rasanya kalau tak pasang karoeke 1 malam. 1 malam je kot. Semalam je.

Benda ni memang subjektif, macam kes sembahyang gak. Tak kisah la orang tu sembahyang ke tak, itu hal individu tu dengan Allah. Dosa dan pahala antara dia dengan Allah. Tapi.Tapi. Dan Tapi. Sekurang-kurangnya hormat la sikit bila dengar bunyi azan tu. Kalau tengah dengar radio ke apa, cuba la slow down the volume or tutup sekejap radio tu. Azan tu tak sampai 10 minit kot. Boleh je kan hormat bunyi azan tu kejap. Sekejap je. In terms of respect the religion, I think it can be done by our people. Cuma kadang-kadang tak sedar, biasalah manusia mana tak buat silap kan. Aku pun 2 kali 5 gak macam tu.

Seribu kemaafan, sebab, macam aku cakap yang aku sememangnya tak layak cakap benda ni. Dan aku pun kene cermin diri aku perangai macam mana gak. Yes, I admit it, but at the same time I just deliver my very honest opinion, so that we can look upon it and think. Sorry again.

*p/s Basahkan bibir dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sunday, 13 February 2011

Pelan Pelan Kayuh Ye



Marco Polo jadi ikon boleh? Haha

Akhirnya setelah bersabar lebih 5 hari mengajak kawan untuk tour kali ni, finally ada jugak kawan yang nak join. Alhamdulillah. Thanks weyh. Jangan terkejut kalau dalam berpuluh orang yang diajak dia seorang je yang agree nak join. Respect you man, and thanks for trusting me. Ada gak gay partner masa tour tu nanti. Haha. Esok insya-Allah tiket akan ditempah. Kena tempah awal-awal sebab kalau tempah tiket lambat sikit je harga tiket dah naik.

Ada gak kawan yang tak diajak tanye nak tour pergi mana kali ni. Err sejujurnya bukan la taknak bagitau tapi takut tak jadi je. Karang cerita gebang nak pergi tour tu tour ni then tak jadi, tak sedap jugak kan. Ada member-member yang tak diajak tanya pasal tour ni. Sejujurnya, tour ni boleh diklasifikasikan berdasarkan ciri-ciri di bawah:
  • Murah dan budget berpatutan.
  • Memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat.
  • Kemahiran komunikasi yang amat tinggi diperlukan.
  • Berani berhadapan dengan apa jua risiko.
Nantikan kupasan selanjutnya mengenai tour ini. I promise I will tell the details about the tour in upcoming post. See ya:)




Takdela sampai nak jadi Christopher Columbus. :D



Friday, 11 February 2011

Universal Studios!!!



Terlalu banyak nak post actually. Pasal tu pasal ni. Kalau boleh semuanya nak cerita dalam 1 entri. Gelabah gila budak baru berblog ni. JAKUN NAK MAMPOS. Hahaha. PERGI MAMPOS! :)

Masa CNY break last week, aku + family + cousin ( Nasir, Zumar and Amy) berkesempatan ke Singapore. Memang dah plan masa awal-awal bulan hari tu nak pergi Universal Studios. Tapi kitorang bermalam dekat JB, masa Jumaat tu baru masuk Singapore. One whole day, from 8 a.m till midnight dalam Singapore.Tour masuk Singapore ni guided by my cousin, Amy, who works in Singapore. So advantage dah ada dekat situ, memudahkan perjalanan kitorang. Memang tak dinafikan agak jakun dan teruja seekor-seekor masuk Kota Singa ni. Hehe.

Lepas check passport bagai dekat imigresen, ( Nasir dengan Zumar happy gila passport baru dah dapat cop..hehe), 2 bijik kereta menuju ke dalam bandar Singapore. Kitorang park kereta dekat Vivo City, then beli MRT tiket ke Universal Studios. Masa dekat Vivo City tu tak payah cakaplah. Seekor-seekor amik pic bagai dengan video cam lagi. Tourists ler katekan. Dalam MRT masa on the way yang sesak-sesak orang tu pun boleh bergambar. Haha. Maafkan la orang-orang kampung macam kitorang ni ek.:D



Mak dengan Ika ni lepas park je terus snap sebelah teksi Singapore. Jakun betul. :D



Tengah queue naik train. Tengok muka masing-masing.:D



Dalam MRT pun sempat! Haish..:D

Sampai je di Sentosa, bila masing-masing dah nampak signboard Universal Studios, apa lagi terkinja-kinja la seekor-seekor. Photoshoot dekat globe Universal Studios tu je aku rasa mau setengah jam ada. Belum lagi masuk dalam. Manusia dekat situ pulak dah ramai. Bayangkan la macam mana keadaan dekat situ. Haha.


Rombongan Cik Yati ke Universal Studios. :D

Lepas masuk je Universal Studios, ha ambik kau!!! Lautan manusia dekat dalam tu. Perghh punyalah ramai manusia. Yela Cina Singapore cuti kan, ditambah pelancong luar macam kitorang ni. Tapi Universal Studios memang cantik!!! It was like you were in States where all the movie makers produce their damn great films!!! Do enjoy some pics here. :)


Main area of Universal Studios. Manusia tengah nak ramai ni.



Welcome to Madagascar!!!



Shrek and Fiona bersama orang Melaka :D



Basah lencun lepas main Rapids Adventures dekat Jurassic Park



Kepanasan di Egypt:D




Masa melantak lepas penat berjalan!:D



Arab Kuno ni macam poyo pun ada:D



Dekat sini seriously rasa macam dekat New York! :D



Tiger show di petang hari. Hilang penat sekejap tengok benda ni:D

Actually terlalu banyak gambar sampai tak tahu nak letak mana satu. Impossible la nak letak semua pics. Memang tak larat la nak letak. Sangat-sangat berpuas hati dengan Universal Studios ni. Best gila sebab dapat tengok movie Shrek 4D ( bukan 3D tau..hehe), dengan efek kerusi bergoyang masa aksi kejar-mengejar, air dipancut pada muka kita masa scene Donkey bersin. TERBAIK! Then,dapat tengok macam mana kesan khas dengan sound effect yang superb dalam Hollywood Studio. Ditambah dengan thrill masa main game Rapids Adventure dekat Jurassic Park, sampai basah lencun sorang-sorang kene air . Just kempunan tak dapat naik roller coaster sebab terlalu ramai yang queue. ( dah penat dan malas nak beratur panjang-panjang).

Silapnya satu je time pergi Universal Studios ni time ni. Sebab terlalu ramai orang dan kena beratur nak main game. Beratur pendek takpe ni beratur sampai 1 jam lebih APE CER? Haha. Kalau taknak beratur boleh beli express pass, tapi tambah 30 $. Original tiket dah 70$. Tambahlah, then convert Ringgit. Baru bab tiket. Yang pic makan tadi, guess how much cost of the foods? 130++ $. Convert Ringgit tak ke cecah RM200++. Makan nasi berayani dengan coke je kot kitorang. Haish. Singapore is all about money weyh.

Memang tipu if taknak datang Singapore lagi. Universal Studios ni pun banyak lagi tak explore sebab terlalu ramai orang time tu. Lepas ni express pass is a must. Then, Sentosa Island ni rupanya besar gila la weyh. Ingatkan kecik je rupanya Amy cakap banyak lagi tempat dalam Sentosa tu. Fuhh. Pandai betul Lee Kuan Yew ni. Tu belum lagi nak explore Geylang, Singapore Flyers ( Ferris Wheel) etc etc. Masa pergi hari tu dapat pergi Little India je, beli souvenir sikit-sikit dekat Mustafa Center ( macam Mydin la dekat sini) yang operate 24 hours.Trust me, there is still more to discover in Singapore. Until we meet again!:D

*p/s Geylang Lorong Belas-belas sedikit menarik perhatian. Gara-gara Amy la ni!:D






Thursday, 10 February 2011

Jom Meneroka Lepas Final


Tumpang tanya. Pasang khemah dekat sini boleh tak?


Final exam is on 7th of March. Maknanya ada lebih kurang sebulan nak study. Apa? Study? Tu semua bullshit la weyh. Final exam banyak kali boleh amik. Apa kes ni cerita pasal final kan. Final memang benda yang terjadi berulang kali. Contohnya final World Cup. Bukannya sekali je main final, banyak kali kan ada final World Cup. Begitu gak dengan final exam. Kalau tak dapat jawab or tak buat final exam pun, next time boleh repeat paper lagi. Apa ada hal kan. Hehe. Sila abaikan perkataan final ini. Sebab bunyinya lebih ke arah Negatif. Tolong abaikan.

Currently otak tak ke arah exam langsung. Ni semua gara-gara dah tahu sem break bila, makanya fikiran lebih menjurus kepada apa nak buat time sem break ni. Apa nak buat? HAHA.

BACKPACKING TIME!!!

Dah lama betul nak menyandang beg sebesar peti ais then berjalan-jalan dekat tempat orang. Last time backpacking pun pergi Phuket dengan Ayie. Best and adventurous gila. This time would like to try new way of exploring the country. Tapi if dah semangat, tapi berjalan sorang2 pun tak best kan. Dah berbelas orang diajak semuanya tak dapat join.Hmmmm. It's ok guys. Hopefully, ade la yang sanggup join this upcoming tour. I can tell you, it's gonna be a lots of adventures! Seriously weyh..do PM me if anybody is interested to join this tour. See ya..:)

*p/s Ni percutian cara murah dan memenatkan. Hehe..



Tuesday, 8 February 2011

Delay, Postpone, Procrastinate

Dah bersawang. Dah berhabuk. Dah berkulat. Dah berkepam. Damn!

Seminggu lebih tak post ape-ape sebab too busy with event sana event sini, cuti sana cuti sini. Memang nak bukak blog ni pun langsung tak sempat. Entah ape la jadi, tapi Alhamdulillah. Hari ni apa nak jadi pun jadi la. I need to update my blog! Kalau asyik tangguh, tangguh dan tangguh, memang betul la aku ni typical Malay kan. Tak boleh! Mesti kene kikis sikap tangguh-tangguh ni.

Kita biasa bertangguh kan. Bertangguh apa? Macam-macam weyh. Lagi-lagi student. Faham-faham je la kan. Setakat tangguh assignment, homework, berani jamin randomnly dari 10 orang, 7 orang akan ada sikap suka bertangguh. Apa nak jadi? Reason yang biasa diberi,
  • "Ala lambat lagi kot nak submit assignment tu. Chill la dulu weyh. Nak rushing buat apa kan."
  • Lecturer tu baik kot. Boleh submit lambat sikit la. Alah dia mesti ok punya lah."
  • Tak ada masa nak search benda tu dekat library la. Copy orang sudehh."
  • Assignment tu 1 hari boleh siap. Rileks la kan."
Dan 1001 alasan lagi la. IQ student-student Malaysia ni tinggi kot. Tu satu benda yang aku bangga pasal student-student kita ni. Haha. Tu baru bertangguh pasal assignment, belum lagi bertangguh nak study for final ( malam final baru nak gelabah study), bertangguh nak siapkan final year project ( dekat due date baru kelam-kabut), bertangguh nak cari kerja part time masa semester break ( sampai habis cuti duduk terkangkang dekat rumah), bertangguh bla bla bla...Eh macam-macam la. Senang cerita semua benda kalau boleh nak bertangguh la, last-last hasil nya hampeh or tak memuaskan. Pasal blog ni pun salah satu nya. Konklusinya,

Jauhilah sikap suka menangguhkan kerja!!!

*p/s Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.


Tuesday, 1 February 2011

Port Dickson With Buddies

FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Akhirnya dapat gak menulis setelsah selesai macam-macam benda terjadi dalam 2 3 hari ini. Selesai sudah midterm test ( yang last minute study), maka selesai la segala permasalahan yang menyemakkan kepala seorang pelajar. Full stop.

Cerita ni nak berlaku masa weekend minggu lepas, hari Sabtu. Makanya, ( macam cerita rakyat pulak) hehe..Kitorang pun berangkat ke Port Dickson dengan 2 bijik kereta. Perjalanan dari Shah-Alam-Port Dickson takde lah jauh sangat. Tapi sebab panas, so terasa la jugak bahang perjalanan tu. Sampai di PD, kitorang pun check in di Ilham Resort dekat dengan Tanjung Tuan. Sejujurnya, pernah sampai dekat tempat ni sebab pernah pergi camping waktu sekolah dulu. The resort was nice, because for me it was located really near with the beach. The view was also fabulous to watch from our unit. The important thing to highlight here is,

Millions thanks to Mr Kassim ( Tira's dad), who sponsored us the accommodation!!!





Lepas check in dan kemas-kemas barang, kitorang pun memulakan aktiviti penerokaan di pantai yang berhampiran. Masing-masing dengan bergaya persis model Brazil bila nak ke pantai ni. Dengan shades, camera bagai la. Tapi yang bagusnya, diorang jalan-jalan dekat pantai tu, saya memilih untuk tidak berjalan bersama mereka. Sebabnya? Ternampak kedai burger dekat situ. Sorry guys. Perut tengah lapar. Stomach comes first. Haha





Masa diorang meneroka pantai tu, ( fotoshoot+ main pasir + bla bla bla), saya meneruskan agenda tersendiri dengan menikmati burger. Lepas penat meneroka, diorang pun join saya lepak kedai burger tu. Nice weyh. Perut tengah lapar, dapat pulak burger, ditambah pulak air bikarbonat. Sambil duduk bawah pokok yang redup ditemani angin-angin bayu laut. Ayat tak ada lagi puitis pulak kan?




Selesai lepak kedai burger, kitorang pun balik ke resort. Diorang pulak plan nak keluar jalan-jalan dekat pekan PD tu, tapi saya? Minta maaf la. Mata dah rabak, malam sebelum tu tidur tak cukup. Diorang pun meneruskan agenda meneroka pekan PD, manakala saya pulak masuk bilik, tukar baju, terus landing! ZZZZZZ..

Petang, saya terjaga pukul 5 macam tu. Kitorang dikejutkan dengan kedatangan last minute Awien and her boyfriend. Semua pulak tengah menjadi jaguh renang time tu. Disebabkan saya datang lambat sikit, pool pun dah ramai orang. Kebanyakannya family dengan anak-anak la. Lepas tukar baju, terus terjun mandi dengan diorang, except Shaf yang tak nak mandi sekali disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Jadi, dapatlah minta tolong dia jaga barang-barang kitorang dekat situ. Swimming pool dia besar la gak, tapi yang penting tak dalam. 1 more time tak dalammmmmmm!!!!! :P









Lepas layan swimming, kitorang beralih ke pantai untuk meneruskan aktiviti. Mula-mula ingat nak mandi air laut je, then diorang nak naik banana boat. Sejujurnya, saya tak pernah naik banana boat. Mula-mula cuak gak, tapi lepas merasai macam mana dihumban ke laut daripada bot, I just have 1 word for it. AWESOME!!! Malangnya, gambar menaiki banana boat tak ada pulak disebabkan Shaf duduk jauh daripada kitorang masa naik benda tu. Lepas naik banana boat tu, kitorang pun mandi laut sekejap, dan kemudiannya Awien pun muncul dengan boyfriend dia lepak dengan kitorang dekat tepi pantai.










Lepas maghrib, semua bersiap nak pergi dinner. Memang dah plan pun nak makan seafood, so Tira pun lead kitorang pergi seafood restaurant dekat-dekat situ. Macam-macam la order.
Semua plak makan macam tak pernah jumpa nasi. Yelah, penat main air punya pasal. Haha.





Balik dari makan, kitorang plan nak karoeke dekat hotel tu. Tapi, disebabkan masalah teknikal, aktiviti karoeke tak dapat dijalankan. Nak swim dekat pool pun tak dibenarkan pada waktu malam.Tak tahu mana arah nak tuju dekat hotel tu, kitorang pun lepak tepi pool fikir apa nak buat masa tu. Sambil duduk atas beach chair tu, masing-masing dah rasa malas, mengantuk. Last-last, semua surrender! Semua decide nak buat aktiviti taik mata. Haha. Saya pun balik ke bilik layan movie dekat tv3 jap, lepas tu terus tidur. Nyenyak gila weyh! Tidur awal la katekan.

Esoknya, semua bersiap-siap kemas nak check out. Sempatla budak-budak perempuan ni cari roti canai buat breakfast. Paling last bangun macam biasalah, saya. Haha. Dah kelam-kabut nak kemas, sampai tak sempat nak breakfast. Lepas check out, kitorang decide nak jalan-jalan dekat pekan PD. So singgahlah dekat Pantai Teluk Kemang. Ramai gak orang dekat sini. Kitorang pun jalan-jalan dekat situ, cuaca memang panas nak mati la. Jalan punya jalan terjumpa banyak gerai souvenir dengan t-shirt plak. Ha ape lagi. Typical Malaysian kan. Shopping time! Dapatlah beli t-shirt PD Rm10 buat kenangan. Jadi lah tu kann...Haha.




Well, it wasn't really a grand vacation, but personally, I think this vacation has made our friendship bond becomes stronger. Really enjoy the good times with you guys! Will looking forward to have this kind of trip next time. To Dharma, Tira, Shaf, Eric, Awien, ( Lokman and Naza too), it is my pleasure to have friends like all of you. Minta maaf kalau baca story ni macam karangan budak darjah 6, and sorry too if pictures tak berapa clear, sebab semua dari kami bukan profesional photographer. See ya!

*p/s Better plan and tentative for the next trip, guys! :)




Sunday, 30 January 2011

Bila Hujan

Masa entri ni ditulis, rasanya 1 Malaysia tengah hujan kot. Hari Ahad, hari minggu di mana orang tak bekerja dan semua pelajar bercuti. Ditambah dengan hujan yang tak berhenti-henti sejak pagi. Mak aku pun call dari Melaka bagitahu kat sana hujan,aku pun bagitahu dia dekat Shah Alam ni pun hujan. Apa lagi jom layan sikit pasal hujan ni.

Apa benda time hujan ni paling best kita buat? Bawah ni top 5 favourite list aku la..;

5. Layan lagu. Sambil tengok hujan layan favourite songs memang layan gila weyh!! Rasa macam berada dalam kisah lagu tu la. Pffftt!! Jangan nak sentimental sangat boleh? Hahaha..


4. Smoking. Sambil tengok hujan layan rokok memang feel habis. Aroma asap yang berkepulan sambil menikmati kelazatan nikotin, memang terbaik! ( to non-smoker, please ignore this. Thank you.) Hehe.

3. Pekena teh tarik + goreng panas. Terbaik dari ladang! Teh tarik yang 'kaw' dengan kenikmatan isi goreng pisang yang lembut, ditambah dengan kerangupan kerak-kerak goreng pisang. Tak pun kalau tak ada goreng pisang, biskut lemak + milo suam pun boleh! You own the day man!



2. Main bola masa hujan. Oh nostalgia yang paling best sekali dalam hidup! Ditemani dentuman kilat dan petir, main bola dalam hujan lebat benda yang everyone shouldn't miss at all. Dengan padang yang lecak, bola nak bergerak pun susah, memang banyak tendang air lecak dekat orang je la. Lepas tu tackle and sliding confirm memang best gila! Lepas score, akan ada aksi Superman atas padang yang licin tu. The best!



1. Tidur. The best thing to do when it is raining. Tak ada benda yang best selain tidur. Nyenyak masa hujan dengan nyenyak tidur masa tak hujan memang lain weyh. Masa hujan nyenyak, memang badan dan bontot kita ni tak boleh dipisahkan lagi dari tilam yang empuk. Confirm masa tido dari normal jadi extranormal. Simply the best among the best!




*p/s Kalau hujan tiap-tiap hari pun tak best gak. Haha